PENDAHULUAN
Melaka merupakan sebuah nama yang penuh dengan nilai sejarah dan
perjalanan yang berliku
dalam tamadun dunia. Bermula dengan kehadiran putera raja dari Palembang iaitu Parameswara yang terlibat di dalam
peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14,
melarikan diri setelah ditumpaskan lalu mencari perlindungan di Temasik yang pada ketika
itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir oleh Siam pada tahun 1396, beliau dan
pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Muar dan kemudian ke Sungai Ujong sebelum singgah
ke Bertam berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Melalui peristiwa pelanduk putih dan anjing perburuan baginda semasa
berehat di bawah pohon yang diberi nama Melaka
itu, nama Melaka amat
bertepatan dengan tempatnya yang strategik . Lokasi yang
berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka, menjadi pusat perhubungan perdagangan di
antara negara China ke India dan Timur. Kehadiran pedagang-pedagang Arab serta
pedagang Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan entrepot yang
begitu sibuk dengan kehadiran kapal-kapal yang singgah setiap tahun. Apabila
baginda memeluk agama Islam pada tahun 1414, melalui seorang ulama dari Jeddah
menjadikan Melaka asas kemajuan pengembangan agama Islam dan pusat perdagangan
tersohor di rantau ini.
Dari semasa ke semasa Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan
Melayu Timur dimana pelbagai barangan boleh didapati
seperti sutera dan porselin dari China,kain dari
Gujerat serta Ceromandel di India, kapur barus yang datang dari Borneo,cendana dari Timor, buah pala dan cengkih hasil
dari Malucas. Sumatera pula membawa hasil dagangnya seperti emas dan lada hitam
manakala Tanah Melayu dengan timahnya yang terkenal. Kehadiran Sultan Melaka ke
China juga, menguatkan lagi kekuatan politik, ekonomi dan sosial daripada
ancaman luar seperti Siam. Pemimpin-pemimpin Melaka pada abad ke-15 telah
dikatakan berjaya meletakkan Melaka sebagai sebuah kota kosmopolitan yang
teragung di dunia. Keagungan Melaka telah menarik minat kuasa-kuasa Eropah. Mereka
ingin memiliki Melaka.Dengan memiliki Melaka mereka akan berjaya mengawal
perdagangan laut di Eropah dan mengaut keuntungan yang banyak. Yang paling
penting, Melaka merupakan satu kebanggaan yang harus dimiliki. Dan akhirnya, lima
setengah abad Melaka dijajah merupakan suatu trajedi dalam episod sejarah
Melaka.
Faktor-faktor yang menyumbang kejatuhan Kesultanan
Melaka
Kejatuhan kesultanan Melaka dapat digarap daripada
dua faktor yakni faktor dalaman dan faktor luaran. Kedua-dua faktor tersebut
memberi kesan yang mendalam sehingga penjajahan Eropah yang membawa kebinasaan
dan kehancuran Melaka.
FAKTOR DALAMAN
– Sistem pemerintahan yang lemah
– Sistem pemerintahan yang lemah
Sistem
pemerintahan yang lemah semasa pemerintahan Kesultanan Melaka
merupakan faktor yang pertama dilihat menjurus
kepada kejatuhan Melaka.
Sultan Mahmud (1488-1511)pengganti kepada
ayahndanya Sultan Allauddin
(1477-1488) tidak mampu memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri dan
gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang lebih
berkuasa terhadap rakyatnya. Ketokohan Sultan Allaudin yang dikenali sebagai
seorang yang perkasa , tegas ,alim , berani dan adil tidak mampu diwarisi oleh
Sultan Mahmud yang zalim, suka berfoya-foya
dan berpelesaran , leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan pentadbiran , tidak adil dan kurang bertimbangrasa.
– Pengganti
bendahara yang tidak berwibawa
Bendahara-bendahara yang mengganti Tun Perak tidak
mempunyai ketokohan
sehebat beliau. Adiknya Tun Perpatih Putih adalah
orang yang boros dan anak
saudaranya Tun Mutahir cenderung mencari laba dan
kekayaan sebanyak
yang mampu lalu memperagakan kekayaan dan
kedudukan beliau tanpa segan silu. Kekayaan dan kesejahteraan yang melimpah-ruah
telah menyebabkan kepimpinan leka dan lemah serta mengabaikan negara.
– Perbalahan pembesar-pembesar Istana
Pembesar-pembesar
kembali berpuak-puak, bukan sahaja puak melayu dan India Muslim, malah puak tua
(berpihak kepada Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan Ahmad Syah). Perpecahan begini
melemahkan kaum bangsawan sebagai pentadbiran dan pemimpin negara.
– Kelemahan kuasa tentera
Pasukan militer menjadi semakin lemah dengan
kehilangan tokoh-tokoh seperti
Hang Tuah dan Hamzah Datuk Bongkok. Tun Mat Paduka
Tuan yang menggantikan Tun Mutahir (setelah ia dibunuh) sudah tua dan
tepok . Beliau tidak berkuasa meningkatkan tenaga tentera bagi menghadapi
sebarang kemungkinan.
– Cukai
yang tinggi
Para
pedagang dan saudagar pula semakin dikenakan cukai yang berlebihan .
Suasana ini kurang disenangi oleh mereka. Pedagang
dan saudagar-saudagar
ini berpaling arah mencari pelabuhan lain seperti
Acheh, Bantam, Patani dan
Brunei yang lebih murah cukainya. Pembesarpembesar
tidak lagi turut berdagang tetapi meninggalkannya untuk menyandang
jawatan-jawatan di istana.
– Kelemahan dan kucar-kacir di istana
Kelemahan Raja Melaka yang selalu meninggalkan
istana kerana berundur diri
menyebabkan ada pihak-pihak berebut inginkan
takhta kerajaan. Sikap pembesar seperti
Tun Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak menghiraukan
kerabat diraja, menjadi salah satu punca perpecahan di istana. Pada suatu
ketika , Sultan Mahmud ingin mengahwini anaknya Tun Fatimah
yang cantik itu pun tidak dihiraukannya sedangkan ketika itu Sultan Mahmud
kematian permaisuri. Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya mengakibatkan
terhapusnya suatu keluarga yang terkuat dan berpengaruh di Melaka.
– Pemecatan Pembesar yang cekap
Akibat pembunuhan
Bendahara Tun Mutahir , Penghulu Bendahari Tun Tahir dan Temenggung Tun Hasan ,Melaka kehilangan
pembesar-pembesar yang cekap dan berpengalaman malah turut terjejas ialah
jawatan Laksamana . Jawatan tersebut yang dipegang oleh Laksamana Khawaja Hasan telah
dilucutkan kerana menyampaikan fitnah tanpa usul periksa. Ini menyebabkan tiada
angkatan laut yang mempertahankan Melaka.
– Semangat Jihad yang lemah
Walaupun agama Islam berpusat dan tersebar di
Melaka, namun pegangan agama itu dikalangan pembesar dan penduduknya amat
tipis. Mereka kerap
mempersendakan kehadiran ulamau-lama asing.
Semangat berjihad
mempertahankan bumi bertuah itu dan demi agama
Islam tidak tertanam kukuh disanubari mereka.
– Tidak setia kepada Raja
Kerajaan Melaka bukanlah satu unit politik yang
teguh tetapi terdiri daripada
gabungan unit-unit politik (negeri-ngeri naungan).
Diantara Melaka dan negeri-negeri ini selalu berlaku pertelingkahan atas isu-isu
pengangkatan calon ke takhta Melaka atau disebabkan taat setia yang longgar (seperti
kes Siak dan Pahang). Pertalian rapat diantara golongan bangsawan dengan golongan
pedagang kurang baik.Ini menyebabkan kurangnya kesetiaan kaum dagang
apabila Melaka ditimpa musibah.
– Berpaling tadah
Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral
golongan bangsawan menyebabkan berlakunya pengkhianatan dikalangan masyarakat
Jawa, Gujerat dan Cina yang kebanyakannya secara sulit telah menyebelahi
Portugis. Mereka membantu memberi bantuan dan laluan kepada pihak Portugis untuk
memboloskan diri menyerang Melaka dari luar dan dalam.
FAKTOR LUARAN
– Kelemahan Pertahanan dan Senjata
Apabila Portugis hendak diserang , Melaka
sebenarnya tidak bersedia
mempertahankanMelaka. Senjata meriam Portugis
terlalu kuat bagi tentera
hulubalang Melaka. Portugis mempunyai kapal-kapal
perang yang lengkap dan
terbaik pada zaman itu. Saiznya lebih besar dan
mempunyai kuasa meriam yang
lebih baik jika dibandingkan dengan saiz kapal
negara-negara di Asia.Dilihat
daripada sudut geografinya, Melaka terbahagi dua
oleh Sungai Melaka. Bandarnya tidak memiliki kota samada kota kayu atau batu.
Yang mempunyai kota hanyalah Bukit Melaka yang dikelilingi kota kayu atau pagar
ruyung. Apabila Portugis berjaya menawan jambatan (merupakan tempat pertahanan
utama orang Melaka) separuh perang sudah berpihak kepada Portugis.
Selain itu , tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang menentang Alfonso
D'Albuquerque diperairan kerana Laksamana Khawaja Hasan sudah
tidak menyandang jawatan Laksamana bagi angkatan Melayu yang menentang
Portugis . Selepas itu baru Hang Nadim diangkat menggantikan Khawaja Hasan.
– Tentera
Portugis terlatih
Jumlah Soldadu Portugis sejumlah 1,100 orang yang
terdiri daripada 800 orang
Portugis dan 300 orang Malabari merupakan askar-askar yang terlatih,
berdisiplin dan sudah matang dalam cara berperang dengan
orang-orang Islam. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar menentang orang-orang
Islam kerana diapi - apikan selalu oleh ketua-ketua mereka bahawa perang menentang
Islam di Melaka meneruskan semangat crusade (perang salib).
– Dikhianati
Kelemahan Melaka sentiasa diberitahu oleh
pihak-pihak yang khianat dan ingin
membantu Portugis. Semasa serangan ke atas
jambatan , WangKeng Cina turut
melanggar jambatan itu. Mereka ini adalah orang
yang tidak puas hati kerana pernah dianiayai atau tidak mendapat ganjaran daripada
pembesar Melaka.
– Menuntut Bela
Hasrat D'Albaquerque ingin menuntut bela dan
melepaskan orang tawanan bangsa Portugis amat membara. Orang-orang tawanan ini
adalah pengikut De Sequiera yang mula-mula mengunjungi Melaka dalam tahun 1509.
Walaupun pelbagai syarat diberikan untuk membebaskan tawanan tersebut, namun tujuan
asal D'Albaquerque ialah ingin menakluki Melaka jauh sekali untuk berdamai.
– Prinsip perjuangan Portugis
Portugis berjuang berasaskan 4 prinsip :-
i) Gosel –
yakni Kitab Injil dimana perjuangan kerja-kerja dakwah bagi
mengembangkan agama Roman
Katolik mereka ke pelusuk dunia.
ii) Glory –
yakni perjuangan demi memartabatkan kecemerlangan buat Raja dan Portugal
iii ) Gold
– yakni hasrat ingin mendapatkan emas dan memperolehi harta rampasan
Dengan prinsip-prinsip ini mereka begitu
bersemangat dan berusaha
bersungguh-sungguh menakluki mana-mana benua yang
dijelajahi .
KESIMPULAN
Sejarah telah mengajar kita erti pengorbanan
pejuang-pejuang silam. Sejarah juga mengajar bagaimana menjadikan kita bersatu dan
kekal harmoni dalam kelompok yang berbeda budaya, kepercayaan dan keturunan.
Ketiga-tiga aspek di atas sangat mempengaruhi kestabilan dan keutuhan sesebuah
negara. Marilah kita bersatu - padu memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara
yang kita nikmati sekarang. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Sejarah
yang pahit itu,kita jadikan sempadan untuk membina negara bangsa yang penuh dengan
warisan dan kaya budayanya.
PENGAJARAN
– Dilihat dari aspek politik
Betapa
nilai perpaduan antara pemimpin pemerintah dan rakyat jelata amat penting. Apabila pemerintah mampu memikul amanah membela
rakyat , tidak mementingkan diri sendiri ,berintegriti , bertanggungjawab ,
berwibawa, bijak, tegas dan tidak mengamalkan rasuah maka negara akan sentiasa aman
dan dipandang tinggi orang luar. Pemimpin-pemimpin yang telah dipilih
haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sedia berkhidmat
untuk negara dan bangsa. Inilah faktor-faktor yang tidak diambil berat oleh
Pemerintah di zaman kesultanan Melaka. Tampuk pemerintahan sesebuah negara
haruslah kuat,mempunyai hubungan yangbaik di antara sesama pemimpin dan rakyat
jelata.Para pemimpin juga harus menolak kepentingan peribadi demitugas dan
tanggungjawab kepada negara. Amalan rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan
melumpuhkan seluruh jenter pentadbiran negara. Sikap adil dan saksama juga
harus ada. Sebagai rakyat,kita juga mempunyai tanggungjawab dalam menentukan
kesatabilan politik negara kita. Kita harus menghormati dan taat kepada pemimpin
kita. Jangan mudah melatah, jika ada dasar-dasar kerajaan yang kita tidak
persetujui dengan cara mogok atau demonstrasi.Segala permasalahan perlu diselesaikan
secara aman melalui perbincangan yang rasional.Sesuai dengan slogan
Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib bin Tun Razak,"Rakyat
didahulukan,pencapaian diutamakan,"kita dengan penuh
keyakinan percaya bahawa peristiwa kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka tidak
akan berulang.
– Dilihat
dari aspek Ekonom i
Kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah yang
dinikmati pembesar-pembesar Melaka menjadikan mereka leka dan berlumba-lumba
mengikis harta negara. Pengajaran daripada peristiwa itu, kita tidak
harus leka dengan hasil mahsyul negara dan berlumba-lumba memunggah harta kekayaan
negara demi kepentingan diri sendiri. Pemimpin-pemimpin negara perlu bijak
menyalurkan hasil negara untuk dinikmati semua rakyat jelata. Pembangunan
negara dan kemudahan infrastruktur dapat dinikmati bersama. Tidak harus
kekayaan dimonopoli oleh seseorang individu, sesuatu kaum atau
koloni-koloni tertentu sahaja.Ekonomi akan bertambah kukuh dan jauh daripada perasaan
tidak puas hati , dendam dan dengki semua pihak.
– Dilihat dari aspek Sosial
Sikap saling hormatmenghormati harus ditanamkan di
dalam diri setiap masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Jika
timbul prasangka yang berbentuk fitnah dan provokasi , maka akan membuakkan
perasaan marah dan dendam pihak yang tidak berpuashati. Sikap kurang senang
orang-orang melayu dengan India-Muslim, dan permusuhan orang-orang cina
dengan penduduk tempatan Melaka menjadi perpecahan di dalam negeri itu
sendiri sehingga memudahkan pihak Portugis menguasai minda pihak yang kurang
puas hati membantu mereka melumpuhkan lagi pentadbiran negara. Ini
sepatutnya menjadi cermin generasi kita hari ini. Setiap kaum harus menghormati adat resam
kaum-kaum yang lain dan menjauhkan
rasa prejudis dan saling mengekalkan keharmonian negara ini.Setiap rakyat perlu menanam dalam jiwa perasaan
taat setia terhadap raja dan negara ataupun pemerintah. Tanpa sokongan rakyat ,
sehebat manapun tokoh ata pemerintah itu, akan goyah dan punah juga
akhirnya. Semangat patriotisme di dalam masyarakat amat diperlukan meskipun hidup
dalam budaya dan agama yang berbeda. Di dalam negara kita, prinsip rukun
negara menjadi wadah perpaduan sepanjang zaman. Menghargai perjuangan dan pengorbanan
pemimpin terdahulu amat dituntut daripada generasi kini dan akan
datang.
RUJUKAN
- Bibliografi : Liang Liji, (1996). Hubungan Empayar MELAKA-DINASTI MING Abad ke-15.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
- A.Samad Ahmad, (1979). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
- MALAYSIA KITA, (2007). Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur : International Low Book Services.
- INTAN , (1991). Malaysia Kita . Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Malaysia.
- Zahari Rashid, (2008). Kenang-kenangan Abdullah Munsyi. Selangor Darul Ehsan : ibsBUKU Sdn. Bhd.